Persetujuan itu juga
dapat mengelakkan perpecahan di dalam parti berkenaan sekiranya berlaku
perebutan jawatan khususnya antara penyokong calon yang bertanding.
Baki masa yang masih ada padanya memberi peluang kepada Presiden MIC itu membereskan apa juga kerja yang masih tertunggak dalam usahanya untuk memulihkan parti berkenaan.
kepada Palanivel untuk terus memimpin MIC bagi tempoh satu penggal lagi, iaitu selama tiga tahun sebelum diambil alih oleh timbalannya pada 2016.
Berikutan
kemerosotan pencapaian Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), MIC sudah tentu tidak mampu berpecah, apatah lagi kerana perebutan
jawatan. Malah parti BN yang lain juga menghadapi risiko perpecahan yang
menyusuli perebutan jawatan.
Tumpuan utama parti
berkenaan adalah untuk mengembalikan sokongan pengundi dan perkara inilah yang
mungkin dilakukan oleh Palanivel dalam penggal terakhir beliau memimpin MIC.Baki masa yang masih ada padanya memberi peluang kepada Presiden MIC itu membereskan apa juga kerja yang masih tertunggak dalam usahanya untuk memulihkan parti berkenaan.
Sebagai pemimpin,
beliau sudah tentu tidak mahu melepaskan jawatannya dalam keadaan parti lemah
longlai. Mungkin ada sesuatu di dalam pemikiran dan perancangan Palanivel untuk
melonjakkan semula parti yang mewakili kaum India itu.
Tugas beliau juga
amat berat kerana selain keputusan PRU-13 yang merosot, beliau juga menghadapi
saingan daripada beberapa parti lain, di dalam dan di luar BN, yang turut
memperjuangkan nasib kaum India di negara ini.
Keputusan pilihan
raya itu juga mendedahkan Palanivel kepada pandangan dan kritikan tajam
daripada kawan dan lawannya sendiri termasuk mentornya, Datuk Seri S Samy
Vellu, yang ternyata masih mempunyai aura pengaruh yang kuat.
Umumnya ahli MIC
juga seharusnya memberi peluang terakhir ini kepada Palanivel untuk membuktikan
dirinya. Mungkin tidak ramai orang sanggup menimba tanggungjawab sebegitu besar
seperti Palanivel, untuk memimpin sebuah parti politik yang hampir hilang
pengaruhnya dan semakin ditelan zaman.
Kesanggupan beliau
menunjukkan bahawa beliau sebenarnya masih mempunyai stamina yang kuat untuk
meneruskan perjuangan, khususnya untuk kaum India.
Lagipun tempoh tiga
tahun yang bukan lama sangat itu boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh Dr
Subramaniam untuk mempersiapkan dirinya bagi mengambil alih dan meneruskan
agenda yang ditinggalkan Palanivel.
Penganalisis
politik, Dr Sivamurugan Pandian berpendapat langkah yang diambil oleh pucuk
pimpinan MIC itu dapat memperkukuhkan lagi kedudukan parti berkenaan sebagai
persediaan menghadapi PRU-14 yang akan diadakan paling lewat pada 2018.
Namun adalah penting
penyokong kedua-dua pemimpin berkenaan memahami tujuan kompromi itu agar mereka
tidak memberi tindakan balas yang boleh menjejaskannya. Sudah tentu penyokong
mereka harus diberikan kefahaman jelas mengenai perkembangan terbaru itu.
Dr Pandian berkata,
penyokong kedua-dua pemimpin itu hendaklah menerima pelan peralihan berkenaan
dengan positif supaya ia dapat memperkukuhkan lagi parti berikutan cabaran
hebat daripada pembangkang.
“Pemilihan parti
tidak harus dianggap lebih besar daripada pilihan raya dan usaha untuk mencapai
persetujuan itu adalah langkah bagi memastikan kestabilan parti tidak
tergugat,” katanya.
Kompromi itu
dicapai oleh kedua-dua pemimpin atasan MIC berkenaan selepas perbincangan yang
turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Palanivel mengambil
alih jawatan Presiden MIC selepas Samy Vellu melepaskan jawatan yang
dipegangnya selama 31 tahun pada 2010.
Dalam sistem pemilihan
MIC, Presiden dipilih secara berasingan daripada jawatan lain. Pencalonan bagi
Presiden akan dibuka pada 1 September depan sementara pengundian oleh kira-kira
4,000 pengerusi cawangan akan berlangsung pada 22 September.
Jawatan Timbalan
Presiden, Naib Presiden dan 23 Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pula akan
diadakan pada November depan dan pemilihan dilakukan oleh kira-kira 1,500
perwakilan.kepada Palanivel untuk terus memimpin MIC bagi tempoh satu penggal lagi, iaitu selama tiga tahun sebelum diambil alih oleh timbalannya pada 2016.
- Berita Harian, 27 Ogos 2013