PAS hanya ingin jaga hati DAP
Isu
terbaru mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu yang
dibangkitkan semula Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng kini semakin hangat diperkatakan. Ia juga menunjukkan
kecenderungan parti politik kini memperalatkan agama sebagai modal perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
Sudahlah PAS diketahui menggunakan agama, kini DAP pun turut membawa isu sama bagi memancing undi orang Kristian. PAS pula nampak begitu cende rung untuk
mengubah haluan ba gi mengambil hati DAP.
Tanpa segan silu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dengan tegas menyatakan pendirian rasmi parti itu dengan menyokong
DAP berhubung kontroversi penggunaan
kali mah Allah itu. Alasan presiden
PAS itu ialah Islam tidak melarang orang lain menggunakan kalimah Allah walaupun ia tidak
mencapai maksud dalam al-Quran.
Guan Eng dalam perutusannya sem pena Krismas 25 Disember
lalu, menimbulkan semula isu itu dan
menuntut kerajaan membenarkan
penganut Kristian guna kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Baginda juga menitahkan bukan Islam tidak mencampuri hal ehwal orang Islam bagi mengelak permusuhan dan salah faham antara kaum di
negara ini. Titah Sultan Selangor itu
terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha MAIS, Datuk Mohd Misri Idris.
Dewan Undangan Negeri Selangor juga pernah
menggubal dan menguatkuasakan satu enakmen berkaitan penggunaan kalimah Allah pada 1988. Seksyen 9, Enakmen Ugama Bukan Islam itu dengan jelasnya melarang kalimah Allah
digunakan oleh orang bukan Islam dalam
apa jua perkara yang berkaitan dengan agama mereka.
Enakmen yang di selaraskan dengan Perkara 11
(4), Perlembagaan Persekutuan itu juga membolehkan tuduhan dan hukuman dikenakan ke atas mereka yang
melanggar peraturan.
Melihat titah Sultan Selangor dan
ketetapan MAIS itu, jelas kedua-dua
parti politik terbabit – DAP dan PAS –
langsung tidak menghormati peraturan
yang ada. Malah berikutan isu yang dibangkitkan semula Guan Eng itu terus disokong pula oleh pemimpin PAS dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
pendirian pembangkang.
Sepatutnya PAS bertanggungjawab menasihati sekutu politiknya bahawa kalimah Allah adalah kalimah suci dan hanya boleh digunakan oleh umat Islam. PAS
tidak harus berdolak-dalik dalam hal
berkaitan kesucian agama Islam dan
harus bertindak tegas jika ia ingin
benar-benar memperjuangkan Islam.
Kita lihat dalam berdepan dengan DAP, PAS
lebih banyak bertolak ansur daripada menegakkan kebenaran. Apa yang
dikesali ialah soal agama pun sanggup diketepikan kerana ingin terus bersekongkol dengan parti cauvinis Cina itu.
Jelas sekali pemimpin PAS bersikap talam dua
muka. Di sebelah pihak ia sanggup
mengkafirkan orang UMNO, tapi di sebelah
pihak lain, bersedia pula berkompromi dengan pendiriannya sendiri mengenai
agama Islam.
Kalau soal yang berkaitan prinsip inipun
sanggup digadaikan, entah apa lagi yang
ia sanggup londehkan kalau diberikan mandat semata-mata kerana ingin menjaga
hubungannya dengan DAP dan PKR.
Kenyataan MAIS semalam yang memetik pendirian tegas Sultan Selangor menunjukkan baginda benar-benar memandang serius perkara
itu, apatah lagi apabila titah yang sama
pernah dikeluarkan tiga tahun lalu.
Walaupun mereka tidak menghormati parti
lain, janganlah melakukan sesuatu yang membelakangi titah Sultan. - Berita Harian 9 Januari 2013